Sabtu, Mei 25, 2013
Saiz Teks
Galeri Melatih Ibu Lebih Bahagia dalam Celik Momz

Melatih Ibu Lebih Bahagia dalam Celik Momz

Menjadi ibu yang solehah dan beriman pasti diidamkan oleh setiap insan yang bergelar wanita. Teknik dalam berhubung dengan keluarga dan anak-anak penting bagi melahirkan keluarga bahagia dan gembira sepanjang masa. Menyedari hal ini, As Sohwah menganjurkan Seminar Celik Momz bagi membuka minda dan jiwa wanita-wanita kepentingan komunikasi dan menetapkan minda yang positif dalam membina sebuah keluarga.

Program yang diadakan pada 14 Julai yang lalu membawakan pakar inspirasi, Prof. Dr Muhaya bagi mengubah pemikiran dan cara hidup ibu dan bakal ibu supaya menjadi wanita terbaik dalam sebuah keluarga. Melalui program ini, Prof. Dr Muhaya mendedahkan cara terbaik dalam melahirkan keluarga yang sihat dan gembira sepanjang masa. Seminar ini dihadiri lebih daripada 800 orang peserta. Program yang julung kali diadakan ini tidak terhad kepada wanita sahaja. Para suami juga turut hadir bagi mendengar cara berkomunikasi dengan keluarga dan anak-anak serta bagaimana dapat menetapkan minda ke arah yang lebih baik.

Selain itu, Dr Atiyah juga turut hadir bagi memberikan maklumat serta kepentingan Susu Ibu dalam membesarkan anak-anak. Tips berkomukasi dengan anak-anak juga didedahkan kepada ibu dan bapa yang hadir. Program ini mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada masyarakat Melayu tetapi juga membuka minda dan jiwa kaum lain.

Bagi menambah keceriaan program, As Sohwah turut menjemput pelakon terkemuka Yatt Hamzah dan penyanyi yang terkenal satu ketika dahulu dengan lagu Bagaikan Puteri iaitu Farah. Gerai jualan juga turut disediakan kepada pengungjung yang hadir dalam seminar ini.

Log Masuk AsSohwah

Anda perlu log masuk untuk pendaftaran program, pembelian buku dan juga mendaftar pakej video CMRM.

Sign in with Facebook