
Kehadiran Syawal pastinya dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Sesudah sebulan menjalani ibadah di bulan yang mulia, Aidilfitri menjadi permulaan baru kepada umat Islam dalam menjalani kehidupan bagi sebelas bulan seterusnya.
Aidilfitri bermaksud hari kembalinya umat Islam kepada fitrah. Setelah memasuki akademi Ramadan selama sebulan, kita terlatih bagi menjadi umat Islam yang lebih baik.
Aidilfitri menjadi puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya kerana puasa adalah satu landasan bagi manusia untuk menundukkan dorongan nafsu.
Sempena Syawal ini, As Sohwah dan Prof. Dr. Muhaya mengucapkan selamat hari kemenangan kepada umat Islam seluruhnya.
Semoga Syawal ini menjadi permulaan baru kepada semua umat Islam bagi memulakan kehidupan sebagai hamba Allah yang sejati. Lebih penting, didoakan Syawal ini dapat memperbaiki perilaku, hubungan dengan Allah dan kehidupan seharian dan sekeliling kita.
Mengenai Kami
Kami menganjurkan acara dan seminar untuk pembangunan diri. Ia adalah dari pelbagai bidang pengetahuan dan penceramah kami adalah dari pelbagai latar belakang professional.
+ Selanjutnya
+ Jadi Reseller Kami
+ Jadi Sukarela Events Kami
Hubungi Kami
Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami!
Terms of Use | Privacy Policy | Return & Exchange Policy
Copyright © 2013 AsSohwah Group Sdn Bhd. All Rights Reserved.